WELCOME

"Jika dad terasa sesak, MASALAH yang dihadapi sangat rumit, dan tipu muslihat sangat banyak, maka bersegeralah datang ke tempat sembahyang, dan BERSEMBAHYANGlah

Friday, November 23, 2007

Wisdom lies behind Hijab / Tudung


The hijab cuts down on competition among women. How many people in the West sacrifice their financial savings and health in order to have plastic surgery - in a desperate attempt to meet up to an unrealistic standard of beauty. IN ISLAM, WOMEN ARE APPRECIATED FOR THEIR KNOWLEDGE, PIETY AND CONTRIBUTION TO SOCIETY. When women wear hijab, one finds that the most women are not necessarily the most popular. Rather, a woman is assessed for her mind, and not just superficial physical traits.

Monday, November 19, 2007

MOTIVASI DIRI MENGATASI KEGAGALAN - Mengubah sikap


KAJIAN KES

MENGUBAH SIKAP


Segala-galanya yang kita lakukan dipengaruhi secara langsung atau tidak langsung oleh sikap kita. Perubahan dalam sikap seseorang boleh mempengaruhi apa-apa sahaja dalam kehidupannya. Malah satu perubahan kecil dalam “pelarasan sikap” sekali pun boleh memberikan hasil yang mendalam ke atas perkara dan cara kita melakukannya. Jika anda pernah mempunyai anak lelaki atau perempuan yang bersekolah, anda tahu betapa benarnya hakikat ini. Perubahan dalam sikap boleh menghasilkan perubahan dari segi gred, cara berpakaian, tabiat dan rakan-rakan.

Lebih baik sikap tersebut, lebih baik lagilah hasilnya, dalam hampir setiap perkara yang kita lakukan. Sepertimana yang kita tahu, sikap mempengaruhi perasaan, dan perasaan mempengaruhi apa yang kita lakukan dan tahap kejayaan kita. Oleh itu, sikap yang baik menjadi faktor penentu kepada kejayaan atau kegagalan kita. Sikap yang betul memberikan kita satu kelebihan.

Oleh kerana sikap kita adalah hasil daripada pemprograman kita, adalah baiknya kita melihat sikap yang menjadi pegangan kita, mengapa ia seperti demikian dan yang mana satu kita ingin ubah. Oleh kerana setiap sikap yang kita miliki mempunyai pengaruh langsung ke atas perasaan kita tentang segala-galanya di sekeliling kita dan apa yang kita lakukan terhadapnya – maka sikap kita penting ! Tanpa sikap yang betul, kita tidak akan mendapat kunci untuk membuka peti harta karun kebahagiaan dan kejayaan yang kita dambakan dan amat layak dapat itu.

Sikap membentuk bahagian terbesar tentang gambaran terhadap diri kita sendiri. Ia merupakan penapis bagi kita melihat segala-galanya yang berada dalam pandangan kita. Sikap kita adalah pembawaan kita – ia adalah “keadaan minda” kehidupan kita. Sikap kita dilahirkan melalui angin, kecenderungan, kesanggupan dan rasa teragak-agak kita.

Sikap kita yang menolak kita ke hadapan, kea rah kejayaan kita atau membenamkan kita dalam kekalahan. Ia merupakan tempat berpijak bagi setiap langkah yang kita ambil. Ia adalah apa yang orang lain nampak dalam personality kita; ia menggambarkan dan mendefinisikan kita, memancarkan imej yang kita perlihatkan kepada dunia di sekeliling kita. Sikap kita yang menjadikan kita kaya atau miskin, gembira atau sedih, puas hati atau sebaliknya. Ia adalah faktor penentu dalam setiap tindakan yang kita buat. Kita dan sikap kita bergabung dengan begitu kukuh; kita adalah sikap kita dan sikap kita adalah kita.

__ Ahli psikologi Dr. Shad Helmstetter