WELCOME

"Jika dad terasa sesak, MASALAH yang dihadapi sangat rumit, dan tipu muslihat sangat banyak, maka bersegeralah datang ke tempat sembahyang, dan BERSEMBAHYANGlah

Thursday, January 17, 2008

MAAL HIJRAH 1429

Kepada semua sahabat rakan taulan,
Assalamualaikum wth... apa khabar... semuga kita dipanjangkan umur dan dimurahi rezeki. Sehubungan itu saya rasa tidak terlambat lagi bagi saya untuk mengucapkan selamat menyambat Maal Hijrah tahun 1429 yang telah sama-sama kita sambut beberapa hari yang lalu. Sungguh hebat akan kebesaran Allah yang telah sudi melanjutkan usia dan memberi segala kemudahan dan kesenangan didunia ini. Justru itu apakah yang harus kita balas dan sumbangkan kepada Nya pula?. Berbagai-bagai pertanyaan dan persoalan yang timbul pada diri kita. Betapa tidaknya. Sebaik sahaja kita celik dan bangun waktu pagi.. kita telah terhidang atau tersedia dengan segala bentuk kesenangan yang selama ini kita tidak mimpikan. Maal Hijrah bererti suatu yang baru. Oleh itu kita hendaklah membuat sesuatu itu dengan yang terbaru baik dari segi persediaan, pelaksanaan dan seterusnya mengharung segala apa yang terjadi. Insyaalah seandainya kita berpegang kepada Nya, kita tidak akan terputus harapan. Sama-samalah kita berdoa dan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNYa. Sekian dulu ... salam hormat dari saya.