Sunday, June 22, 2008
SEHARI PERJALANAN KE BAHAU
Isu harga minyak naik lagi terus menghantui seluruh rakyat Malaysia. Entahlah, begitulah perkembangan dunia hari ini. Dua hari lepas, saya balik ke kampung kelahiran di Bahau, Negeri Sembilan. Saya ditemani oleh anak yang ketika ini sedang bercuti. Saya menggunakan kereta Proton Saga 1.3 kepunyaan anak saya. Di Kajang saya isi petrol RM50 dan mengikuti jalan lama iaitu melalui Semenyik, Beranang, Seremban dan seterusnya Kuala Pilah dan Bahau. DiKuala Pilah, kami berhenti di sebuah warung arah jalan ke Sawah Lebar berhampiran dengan Masjid Jamek Kuala Pilah. Jam menunjukkan sebelas lebih. Saya ingin menghilangkan dahaga minum secawan Milo dan air suam. Anak saya minum air teh o ais. Sambil memandang sekitaran diwarung itu saya dapati dua tiga orang warga emas yang berumur sekitar 60 an lelaki dan wanita di warung itu memilih makanan terutama kuih, lauk dan lain. Saya kedengaran salah seorang warga emas itu disapai oleh rakan kenalannya seorang wanita juga dengan mengatakan bahawa tengahari ini tak masak pun, maklumlah dah tinggal seorang ni.. buang masa dan makan pun tak banyak mana. Saya lihat beliau membeli dua jenis lauk mungkin ikan dan sayuran. Warga emas lain pun begitu juga. Didalam hati saya berkata, betul juga ya, dalam usia emas ni, daripada membuang masa untuk memasak, lebih baik beli eja diluar. Seusia begitu, makan pun sedikit. Saya terus mengelamun sambil anak saya memakan dua biji kueh karipap dan kuih bengkang. Sementara itu kira-kira 15, 20 minit kemudian warung itu didatangi pula oleh dua tiga orang lelaki yang berpakaian kemas dan saya percaya mereka teridiri kakitangan pejabat. Sesungguhnya warung itu terletak berhampiran dengan beberapa pejaabt kerajaan iaitu Pejabat Daerah, RISDA, Perikanan, KEMAS, Balai Polis, Haiwan dan lain. Kakitangan kerajaan ini singgah diwarung itu untuk membeli lauk makanan tengahari yang kebetulan hari itu hari Jumaat. Jadi mereka keluar pejabat agak awal sikit dan mungkin kerana isteri mereka berkerja juga, jadi mereka membeli lauk sahaja sebelum pulang kerumah. Saya perhatikan harga lauk yang mereka beli itu sekitar RM 7 atu RM8. Ada pulak tu mencecah RM12. Hai, teruk juga ya.. seekor ikan kembong masak cili padi itu harganya RM3.50, sayuran RM1.50, seketul ayam rendang RM3.00, seekor ikan sembilang atau keli RM3.00. Jadi memang untuk satu keluarga dengan 2 anak tak lari RM8 ke RM10 untuk 3 jenis lauk. Saya kira pelanggan warung itu memang berhemah untuk berbelanja. Mungkin bukan hari-hari begitu mereka datang membeli, cuma seminggu dua atau tiga kali saja. Mungkin kesuntukan masa atau nak cepat untuk sesuatu. Kira-kira 20 minit saya berhenti diwarung itu, saya meneruskan perjalanan menuju ke bandar Bahau mengikut jalan Sawah Lebar, Juasseh dan seterusnya Jempol. Kami terus menuju ke mesjid Jamek Bahau kerana waktu azan solat Jumat hampir tiba. Sesampai di masjid, ahli jamaah telah berkumpul sekitar 50 ke 60 orang dan kelihatan masih ramai lagi kaum muslimin menuju ke rumah Allah itu. Kami bertafakur dan meneruskan agenda solat Jumaat. Seronok sekali khutubah yang dibacakan oleh khatib iaitu bertajuk peranan kaum wanita dalam pembangunan ummah. Beliau menyentuh isu ibu tunggal yang ketika ini memerlukan perhatian dari semua pihak termasuk kerajaan. Kewujudan ibu tunggal di negara kita termasuk sekitar daerah Jempol terus meningkat sehari demi sehari. Kampung-kampung tradisional hampir menjadi majoriti dihari ini dihuni oleh ibu tunggal disamping bapa tunggal. Sementara itu anak-anak mereka pulang menjenguk dihujung bulan sahaja untuk memberi wang atau membelikan barang-barang keperluan harian. Maklumlah ibu dan bapa ini lebih selesa tinggal dirumah sendiri dari rumah anak dibandar yang sempit. Sekali gus terkenang saya peristiwa di warung Kuala Pilah tadi. Warung yang menjual lauk pauk sentiasa dilanggani oleh ibu atau bapa tunggal. Begitulah ceritanya dan sama-samalah kita fikirkan perkembangan institusi masyarakat dan persekitaran kita ini. Setelah urusan selesai, saya kembali ke Kajang dengan seribu kenangan dan pengalaman. Termenung memikirkan akan isu-isu semasa ini.
Thursday, June 19, 2008
HARGA MINYAK NAIK LAGI
Isu kenaikan harga minyak petrol yang mencapai sehingga US134 memang memberi kesan kepada dunia. Malaysia sebagai sebuah negara membangun amat terasa kesannya terutama harga barang-barang makanan. Kalaulah sebuah keluarga itu mempunyai lima orang ahli termasuk 3 anak yang masih bersekolah, dan berpendapatan RM4,000 sebulan, jawapnya gaji atau pendapatan sebanyak tu habis begitu saja. Ahad lepas, saya ke pasar Kajang bersama isteri. Didepan pasar itu, saya berikan pada isteri saya duit RM50.oo dan berkata belilah apa yang sepatutnya. Sementara itu, saya ke sebuah warung teh tarek. Sambil menikmati tosai dan teh tarek, saya terpandang senarai harga makanan diwarung yang terletak di food court itu. Semua harga makanan naik.. 20 atau 30 sen. Saya bertanya kepada mamak warung itu.. mamak menjawap.. apa boleh buat.. semua harga barang naik.. petrol punya fasallah... kerajaan mau control macam mana.. Sekarang teh tarik RM1.00, nasi lemak bungkus RM1.20, tosai RM1.20, Roti canai RM1.00 Itulah fasalah.. gaji sudah naik... semua barang naik. Apa boleh buat encik... Saya termenung penerangan mamak warung itu. Setiap hari di akhbar dan tv atau radio, semuanya memberitahu harga barang baik. Jadi sebagai rakyat biasa kenalah hadapi. Gaji setakat makan eja.. Jadi sama-samalah kita hadapi cabaran ini. B
Wednesday, June 11, 2008
PENSYARAH IPTA
Pada 10 Jun 2008 jam 11.00 hingga 1.00 tengahari, saya menghadiri kelas kemahiran berkomunikasi. Kira-kira jam 11.20 datanglah seorang pensyarah lelaki berusia 50 tahun kekelas yang jumlah pesertanya 8 orang (4 lelaki)termasuk saya dan 4 perempuan. Kami semua adalah wargaemas dan kelas ini dianjurkan oleh Institut Gerontologi, Universiti Putra Malaysia (UPM). Kami mendaftar dikelas ini dengan tujuan untuk menambahkan ilmu dalam bidang kemahiran berkomunikasi. Kesemua jumlah kelas dijangkakan 4 kali bermula mingggu pertama Jun 2008 lalu tapi dibatalkan. Jadi hari ini adalah kelas minggu pertama. Selanjutnya, pensyarah itu datang dengan senyum bersama satu fail ditangannya. Kami yang telah bersedia menanti kedatangan beliau itu menerima kedatangannya dengan hati terbuka. Susunan kerusi kami adalah berbentuk U kerana memang telah kami rancang sebelum itu. Jadi pensyarah ini datang akan duduk dibahagian tengah, maka dapatlah kami semua menumpukan perhatian kepada beliau. Beliau secara informal terus berceloteh bermula dari keadaan semasa, perkembangan UPM dan seterusnya bertanyakan latar belakang peserta dan macam-macam lagi. Selama 2 jam bersama beliau itu kami semua merasa amat gelisah dan terseksa. Tidak ada sebarang ilmu komunikasi yang kami dapat melainkan membuang masa sahaja. Jadi nasihat saya, wahai pensyarah di IPTA, apabila datang ke kelas itu hendaklah membuat persediaan, janganlah datang dengan tujuan memenuhi masa terluang sahaja, gunakan kemudahan ICT yang diberikan, renungkan masa pelajar anda, cerminkan diri anada dengan wang gaji yang diterima setiap bulan itu, macam kami ini adalah orang yang berpengalaman maka janganlah ditanya yang bukan-bukan dengan alasan untuk berkongsi pengalaman kononnya, memang kami semalam itu membuang masa sahaja... beliau ini saya kenal maka itulah tujuan saya menghadirkan diri semalam itu untuk mencari pengetahuan bagaimana beliau mengendalikan kelas.. malang dan membuang masa sahaja. Kata orng itu habuk pun tak dapat. Jadi minggu depan memang saya tidak akan hadir kelas beliau lagi. Terima kasih dan saya menyeru kepada beliau tolonglah fikirkan masa itu penting dan kami semua adalah pelajar berdaftar dan membayar yuran. Malang sekali UPM mendapat seorang pensyarah sebegini rupa. Maaf zahir batin komen saya kepada UPM hari ini.
Wednesday, June 4, 2008
KLINIK PERGIGIAN KERAJAAN
Semalam saya berkesempatan ke Klinik Pergigian HUKM, K. Lumpur. Ramai orang datang untuk mendapatkan perkhidmatan pergigian. Saya mendapat nombor 58 dan ini bermakna ada beberapa orang lain dibelakang saya. Jam telah menunjukkan pukul 12.50 tengahari. Hampir 2 jam saya telah menghabiskan masa menunggu nombor giliran saya itu. Hati saya telah mulai gusar. Saya ke kauter pendaftaran dan bertanya mengapa terjadi begitu lambat sekali perkhidmatan yang diberi kepada pesakit. Kerani pendaftaran memberi jawapan kerana musim cuti sekolah maka ramai orang datang khususnya kanak-kanak sekolah. Saya terima jawapan tersebut tetapi takkanlah telah 2 jam menunggu dan telah pun masuk masa rehat tengahari. Tepat jam 1.05 minit nombor giliran saya dipanggil dan saya melangkah masuk kebilik rawatan. Seorang doktor muda dan jururawat mempersilakan saya masuk dengan ucapan salam dan senyuman manis. Hilang perasaan marah dan berbagai2 persoalan yang timbul difikiran saya sebelum ini. Doktor gigi itu memulakan pertanyaan, apa masalah Pak Cik hari ini?, Orang diluar tu ramai ya Pak Cik, Mohon maaflah Pak Cik, sekarang ini musim cuti sekolah, kanak-kanak ramai datang... Sambil membaca rekod pergigian saya.. doktor muda itu terus mengajukan pertanyaan, .. dulu setahun lebih, Pakcik datang ya... oh, kenapa dah lama tak datang.. sebaik-baiknya 6 bulan sekalilah... Saya menjawap.. sibuk, dan rumah jauh pulak tu... nak parking kereta masalah lagi... Oh gitu,.. balas doktor muda tadi. Jadi hari ini.. bagaimana?. Saya jawap, doktor tolong lihat dan kalau boleh.. tolong cuci dan bersihkanlah. Doktor tu bertanya lagi... tak ada gigi yang sakitlah tu.. Saya kata.. gigi saya ok lah. Baiklah.. kalau gitu, saya akan cek semua gigi pakcik dan cuci.. kalau Pakcik rasa sakit, tolong beritahu ya. Doktor gigi tu.. terus membuat kerjanya memcuci gigi saya batang demi batang. Kira-kira 20 minit, selesai dan beliau menyatakan, semua gigi saya ok, cantik dan tolong jaga sebaik mungkin. 6 bulan lagi datang keklinik semula. Saya jawap.. insyaallah dan beliau berpesan.. gigi amat penting kerana tanpanya kita tidak akan selesa makan dan seterusnya tidak akan datang menikmati kelazatan hidup dibumi Allah ini. Saya ucapakan salam dan terima kasih kepada doktor gigi muda ini. Kemudian saya keluar dari bilik rawatan itu. Seterusnya jururawat itu terus memanggil nombor giliran pesakit lain. Ketika keluar itu hati saya tertanya.. hai dah jam satu lebih ni.. tak lapar ke doktor ni... wallah waklam bissawap.
Subscribe to:
Posts (Atom)