WELCOME

"Jika dad terasa sesak, MASALAH yang dihadapi sangat rumit, dan tipu muslihat sangat banyak, maka bersegeralah datang ke tempat sembahyang, dan BERSEMBAHYANGlah

Wednesday, June 11, 2008

PENSYARAH IPTA

Pada 10 Jun 2008 jam 11.00 hingga 1.00 tengahari, saya menghadiri kelas kemahiran berkomunikasi. Kira-kira jam 11.20 datanglah seorang pensyarah lelaki berusia 50 tahun kekelas yang jumlah pesertanya 8 orang (4 lelaki)termasuk saya dan 4 perempuan. Kami semua adalah wargaemas dan kelas ini dianjurkan oleh Institut Gerontologi, Universiti Putra Malaysia (UPM). Kami mendaftar dikelas ini dengan tujuan untuk menambahkan ilmu dalam bidang kemahiran berkomunikasi. Kesemua jumlah kelas dijangkakan 4 kali bermula mingggu pertama Jun 2008 lalu tapi dibatalkan. Jadi hari ini adalah kelas minggu pertama. Selanjutnya, pensyarah itu datang dengan senyum bersama satu fail ditangannya. Kami yang telah bersedia menanti kedatangan beliau itu menerima kedatangannya dengan hati terbuka. Susunan kerusi kami adalah berbentuk U kerana memang telah kami rancang sebelum itu. Jadi pensyarah ini datang akan duduk dibahagian tengah, maka dapatlah kami semua menumpukan perhatian kepada beliau. Beliau secara informal terus berceloteh bermula dari keadaan semasa, perkembangan UPM dan seterusnya bertanyakan latar belakang peserta dan macam-macam lagi. Selama 2 jam bersama beliau itu kami semua merasa amat gelisah dan terseksa. Tidak ada sebarang ilmu komunikasi yang kami dapat melainkan membuang masa sahaja. Jadi nasihat saya, wahai pensyarah di IPTA, apabila datang ke kelas itu hendaklah membuat persediaan, janganlah datang dengan tujuan memenuhi masa terluang sahaja, gunakan kemudahan ICT yang diberikan, renungkan masa pelajar anda, cerminkan diri anada dengan wang gaji yang diterima setiap bulan itu, macam kami ini adalah orang yang berpengalaman maka janganlah ditanya yang bukan-bukan dengan alasan untuk berkongsi pengalaman kononnya, memang kami semalam itu membuang masa sahaja... beliau ini saya kenal maka itulah tujuan saya menghadirkan diri semalam itu untuk mencari pengetahuan bagaimana beliau mengendalikan kelas.. malang dan membuang masa sahaja. Kata orng itu habuk pun tak dapat. Jadi minggu depan memang saya tidak akan hadir kelas beliau lagi. Terima kasih dan saya menyeru kepada beliau tolonglah fikirkan masa itu penting dan kami semua adalah pelajar berdaftar dan membayar yuran. Malang sekali UPM mendapat seorang pensyarah sebegini rupa. Maaf zahir batin komen saya kepada UPM hari ini.

No comments: