Thursday, May 29, 2008
KULIAH MATI DAN KEMATIAN
Semalam 28 Mei aku menghadiri kuliah berjodul MATI DAN KEMATIAN. Ass. Prof. Dr Tengku Azian Abd Hamid, Pengarah Institut Gerontologi, Universiti Putra Malaysia telah menghuraikan bahawa terdapat 3 pendekatan tentang definisi mat. Iaitu mati dari sudut sosiobudaya, psikik dan medico-legal. Dari segi sosiobudaya, mati itu dilihat sebagai suatu imej, statistik, peristiwa, analogi, ganjaran atau hukuman, kegunaan masa dan 'state of being'. Kematian psikik pula kerana mengasingkan diri, dan medico-legal iaitu kematian otak. Kematian otak dapat dilihat melalui 8 ciri utama iaitu tidak ada ransangan, terhenti penafasan, tiada gerakbalas, tiada aktiviti postural, tiada gerakan pancaindera, tiada reflak motor, bacaan ECG mendatar dan tiada perubahan apabila diuji 24 jam kemudian. Kematian Eutanasia adalah mengakhiri nyawa seseorang manusia itu secara 'baik'. Eutanasia terbahagi dua iaitu aktif dan pasif.
Tuesday, May 27, 2008
HARI INI 27 MEI SAYA KE SEREMBAN
Catatan ini bertarikh 27 Mei 2008. Aku ke Seremban dengan tujuan untuk bertemu dengan seorang kawan sekampung yang telah membuka satu pusat latihan motivasi keusahawanan. Aku berkereta proton saga kepunyaan anak lelaki ku yang aku belikan setahun lalu. Tepat jam 9.30 pagi aku keluar dari rumah mengikut jalan lama ke seremban. Memang telah aku rancang dari semalam pemergian ku itu, justru aku telah mengisi minyak kereta RM30. Sebaik sahaja aku keluar rumah, aku dibayangi dengan mengambil masa kira-kira satu jam akan sampai kedestinasi iaitu berlokasi di Taman Cengal, Paroi. Di Bandar Kajang aku terkejut mendapati 2 traffic light tidak berfungsi. Aku memberanikan diri memandu kereta dengan harapan keselamatan ku terjamin. Alhamdulillah, aku berjaya melintasi traffic light yang tak berfungsi itu. Aku terus memandu dan sebaik sampai di Pekan Semenyih, sekali lagi aku terperangkap dengan kesesakan jalan. Kira-kira 20 minit aku dijalanan Pekan Semenyih itu dan aku terus memandu melintasi Pekan Beranang dan Pekan Mantin. Sepanjang perjalanan itu aku melihat berbagai ragam manusia baik yang bermotokar, bermotosikal, berjalan kaki dan sebagainya. Inilah ragam manusia hari ini, kata hati ku. Sesampai saja aku di Bukit Mantin, aku terperanjat besar melihat longgokan kayu balak di hutan perkelahan Galla. Rupa-rupanya kerja pembalakan telah mengambil tempat kawasan perkelahan yang suatu masa dulu pernah aku singgah bersama-sama anak. Kemana perginya air terjun disitu?, detik hati ku. Ini semua kerja pemimpin kerajaan Negeri Sembilanlah.. Terus terbayang kepada ku.. wang dan kuasa mengatasi segala-galanya. Keindahan alam, kehijauan tumbuh-tumbuhan, telah dan terus musnah. Termenung saya memikirkannya. Kalaulah suatu masa dulu, bila aku melintasi Bukit Mantin ini alangkah enak dan nyaman dengan kesejukan cuacanya, tapi sekarang entahlah. Malas aku nak komen. Dibandar Seremban, aku berhenti sekejap disebuah kedai pengedar buku Dewan Bahasa dan Pustakan. Kedudukan kedai ini agak strategik tapi kelihatannya tidak ada pengurusan. Buku-bukunya bertaburan dan berhabuk. Aku bertanya kenapa jadi begitu, jawapan pemiliknya kerana jalan raya berhabuk. Sekali lagi aku terlintas difikiran ku, pencemaran udara telah menguasai bandar Seremban. Hai, beginilah kuasa dan wang. Tepat jam 11 pagi barulah aku sampai didestinasi yang dituju dengan berbagai-bagai pengalaman dan fikiran yang timbul. Begitulah coretan dairi hidupku hari ini tadi.
Thursday, May 22, 2008
UNIVERSITY OF THIRD AGE, MALAYSIA (U3A)
Sejak saya mengikuti program U3A di UPM April lalu memang banyak pengetahuan telah ditimba. Program ini walaupun fokus utamanya untuk warga emas tetapi ianya sangat berfaedah diikuti oleh seluruh masyarakat khususnya yang merasakan diri mereka kekurangan ilmu pengetahuan berhubung kemanusiaan. Saya telah meluangkan masa setiap hari Rabu (8.30 - 1.00), khamis (8.30 - 10.30) dan Sabtu (8.30 - 10.30) untuk mengikuti kursus-kursus yang ditawarkan. Institut Gerontologi, Universiti Putra Malaysia yang menjadi sekreteriat program ini sepatutnya telah memulakan program seumpama ini sejak dahulu lagi. Pada pandangan saya program ini adalah patut dipertingkatkan ketahap sekurang-kurangnya Tahap Diploma. Jika pada masa ini ianya hanya ditawarkan ketika cuti semester universiti tapi pada masa-masa akan datang ianya hendaklah ditawarkan bersama-sama pelajar kampus ketika waktu semester. Justru saya mencadangkan program ini hendaklah diteruskan dan memandangkan permintaanya tinggi maka adalah baik ianya diaturkan dengan lebih sistematik dan teratur. Kalau pada ketika ini ianya dikendalikan oleh satu sekreteriat maka kalau bersama-sama program lain sudah tentulah ianya akan lebih kemas dan mendalam.
Saya menyeru kepada Dekan Institut Gerontologi UPM supaya dapat memikirkan secara mendalam program ini dari masa kesemasa.
Saya menyeru kepada Dekan Institut Gerontologi UPM supaya dapat memikirkan secara mendalam program ini dari masa kesemasa.
Thursday, May 15, 2008
RAKAN-RAKAN KU TELAH RAMAI YANG MENERIMA MENANTU
Usia meningkat setengah abad ini berbagai-bagai peristiwa dan pengalaman ditempoh dan dirasai. Ini tidak boleh dilarikan atau memaksa diri melarikan diri. Satu-satunya adalah menerima menantu. Walaupun saya belum lagi ada pengalaman - anak yang sulung masih lagi menuntut diluar negara, anak kedua masih lagi menuntut didalam negara - insyaallah suatu hari nanti akan ditempohi juga. Malah ramai rakan-rakan telah pun menimang cucu. Terbaru rakan sepersekolahan ketika di Seremban tahun 1971/2 lalu. Beliau menerima menantu dua pasang sekali. Itulah realiti kehidupan ini.
Tuesday, May 13, 2008
KERJA-KERJA SEJAK AKU BERGELAR AHLI AKADEMIK
Assalamualaikum....
Entah apa yang terlintas difikiran ku pagi ini. Aku termenung sendirian ketika balik dari melakukan senaman pagi. Ialah... tempat riadah aku itu kira-kira 10 minit eja dari rumah ku ini. Ketika aku berlari-lari, tak semena-mena aku teringat akan kerjaya ku sebagai seorang ahli akademik. Tiga puluh tahun telah berlaku. Ketika itu pandangan masyarakat kepada seorang ahli akademik sangat tinggi. Aku masih ingat semasa aku mula-mula menjalankan tugas itu di Universiti Malaya... oh hebat hebat. Mahasiswa yang menghuni kampus universiti memandang aku dengan pandangan yang hebat sekali. Juga diluar kampus... sahabat dan kawan-kawan aku sering kali membuat panggilan telefon ke pejabat dengan memuji-muji akan kecemerlangan kerjaya aku itu. Aku rasa gah dan hebat. Akan tetapi sekarang ini.........????????

Friday, May 9, 2008
Kampung Ku
Projek Taman Saga yang terletak di jalan masuk kampung kelahiran ku - Kg. Bukit Kelulut, Bahau Negeri Sembilan jelas memberi suatu imej baru. Kewujudannya telah menyebabkan suatu perubahan yang besar terutama dari segi fizikal dan sosial. Kalau sebelum ini kampung ku dipenuhi dengan rumah yang berbentuk tradisional tetapi sekarang dengan projek ini telah menampak suatu penorama baru. Lihatlah suatu keindahan baru telah timbul dan ini memberi suatu impak yang sungguh bermakna kepada anak-anak tempatan terutama yang berada diperantauan. Kedua; menerusi projek perumahan ini jelas telah membawa bilangan penduduk kampung bertambah dengan mendadak. Walaupun projek ini buat permulaannya sekitar 30 unit sahaja tetapi kewujudannya secara tak langsung telah menambah bilangan penduduk setempat. Kampung Bukit Kelulut yang hampir usia penduduk utama isirumah berusia 60an itu telah kelihatan kembali berseri apabila adanya generasi kanak-kanak. Mudah-mudahan mereka ini akan mencorakkan pembangunan kampung kelahiran ku lagi. Insyaallah aku akan menziarahi tanah tumpah darah ku ini dari masa kesemasa. Sementelahan pula aku telah membeli salah sebuah unit projek perumahan Taman Saga ini sebagai rumah persinggahan ku apabila aku kembali melakukan ziarah ke tanah kelahiran ku ini. Insyallah..
Wednesday, May 7, 2008
BUKIT KELULUT MULAI BERUBAH
Kampung kelahiran ku telah mulai berubah dengan adanya satu projek perumahan iaitu Taman Saga. Kampung ku ini cuma 5 km dari bandar Bahau dan 4 km dari pekan Batu Kikir. Apabila projek Taman Saga siap pada September 2008 ini maka suatu perubahan yang ketara telah berlaku. Tapak projek ini dulunya adalah gelanggang permainan kami ditahun-tahun 60an iaitu berhampiran dengan Sungai Serting. Saya masih ingat iaitu apabila mandi sungai bersama rakan-rakan maka disitulah kami semua bermain kejar-kejaran ala askar berperang. Kami membuat senapang buluh dan menggunakan buah cenderai. Alangkah seronoknya apabila kami semua mendengar bunyi buat cenderai yang meletup itu seolah-olah satu medan perang telah berlaku. Sehubungan itu saya difahamkan sebanyak 29 unit rumah berkembar yang dalam pembinaan ini telah habis ditempah dan kebanyakannya oleh generasi anak tempatan.
ALI HASAN WASEDA's BloG: Kenangan Mengusik Jiwa
ALI HASAN WASEDA's BloG: Kenangan Mengusik Jiwa
SEMUGA DALAM BAHAGIA SELALU ..... Tahun 2008 ini menampakkan suatu lanjutan dari tahun-tahun sebelumnya khusus tahun 2007. Tahun 2008 ini saya telah mengikuti program pembelajaran berhubung kedewasaan (ageing) anjuran Institut Gerontologi, Universiti Putra Malaysia (UPM) Serdang Selangor. Program ini bermula sejak 1 April lalu dan dijangka akan tamat pada 1 Julai akan datang. Seramai hampir 40 warga emas telah menghadiri program ini. Pencapaiannya sangat menarik sekali dan berbagai ilmu pengetahuan telah dapat dikongsi bersama. Syabas kepada IG yang menganjurkan program ini. Menurut pihak IG kali ini program seumpamanya telah juga dianjurkan pada semester lalu dan sambutannya begitu menggalakkan. Mungkin program serupa pada masa akan datang lebih menerik lagi dengan pengisian yang begitu uptodate dan menarik. Slot kesihatan amat berguna sekali kerana ia mendedahkan kepada peserta program berhubung ilmu kesihatan diri khususnya mereka yang telah berumur 50 tahun ke atas. Slot ini diberi oleh seorang pakar yang luas pengetahuan dan disokong dengan data-data penyelidikan. Walaupun program ini agak sengkat masanya tetapi ia sudah cukup memberi pengetahuan asas tentang apa itu kesihatan diri. Isu pemakanan telah diberi penekanan kerana difikirkan isu inilah yang memberi segala tindakan positif atau negatif kehidupan seseorang individu itu.

Subscribe to:
Posts (Atom)