Friday, May 9, 2008
Kampung Ku
Projek Taman Saga yang terletak di jalan masuk kampung kelahiran ku - Kg. Bukit Kelulut, Bahau Negeri Sembilan jelas memberi suatu imej baru. Kewujudannya telah menyebabkan suatu perubahan yang besar terutama dari segi fizikal dan sosial. Kalau sebelum ini kampung ku dipenuhi dengan rumah yang berbentuk tradisional tetapi sekarang dengan projek ini telah menampak suatu penorama baru. Lihatlah suatu keindahan baru telah timbul dan ini memberi suatu impak yang sungguh bermakna kepada anak-anak tempatan terutama yang berada diperantauan. Kedua; menerusi projek perumahan ini jelas telah membawa bilangan penduduk kampung bertambah dengan mendadak. Walaupun projek ini buat permulaannya sekitar 30 unit sahaja tetapi kewujudannya secara tak langsung telah menambah bilangan penduduk setempat. Kampung Bukit Kelulut yang hampir usia penduduk utama isirumah berusia 60an itu telah kelihatan kembali berseri apabila adanya generasi kanak-kanak. Mudah-mudahan mereka ini akan mencorakkan pembangunan kampung kelahiran ku lagi. Insyaallah aku akan menziarahi tanah tumpah darah ku ini dari masa kesemasa. Sementelahan pula aku telah membeli salah sebuah unit projek perumahan Taman Saga ini sebagai rumah persinggahan ku apabila aku kembali melakukan ziarah ke tanah kelahiran ku ini. Insyallah..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment