WELCOME

"Jika dad terasa sesak, MASALAH yang dihadapi sangat rumit, dan tipu muslihat sangat banyak, maka bersegeralah datang ke tempat sembahyang, dan BERSEMBAHYANGlah

Thursday, May 22, 2008

UNIVERSITY OF THIRD AGE, MALAYSIA (U3A)

Sejak saya mengikuti program U3A di UPM April lalu memang banyak pengetahuan telah ditimba. Program ini walaupun fokus utamanya untuk warga emas tetapi ianya sangat berfaedah diikuti oleh seluruh masyarakat khususnya yang merasakan diri mereka kekurangan ilmu pengetahuan berhubung kemanusiaan. Saya telah meluangkan masa setiap hari Rabu (8.30 - 1.00), khamis (8.30 - 10.30) dan Sabtu (8.30 - 10.30) untuk mengikuti kursus-kursus yang ditawarkan. Institut Gerontologi, Universiti Putra Malaysia yang menjadi sekreteriat program ini sepatutnya telah memulakan program seumpama ini sejak dahulu lagi. Pada pandangan saya program ini adalah patut dipertingkatkan ketahap sekurang-kurangnya Tahap Diploma. Jika pada masa ini ianya hanya ditawarkan ketika cuti semester universiti tapi pada masa-masa akan datang ianya hendaklah ditawarkan bersama-sama pelajar kampus ketika waktu semester. Justru saya mencadangkan program ini hendaklah diteruskan dan memandangkan permintaanya tinggi maka adalah baik ianya diaturkan dengan lebih sistematik dan teratur. Kalau pada ketika ini ianya dikendalikan oleh satu sekreteriat maka kalau bersama-sama program lain sudah tentulah ianya akan lebih kemas dan mendalam.
Saya menyeru kepada Dekan Institut Gerontologi UPM supaya dapat memikirkan secara mendalam program ini dari masa kesemasa.

No comments: