Tuesday, May 27, 2008
HARI INI 27 MEI SAYA KE SEREMBAN
Catatan ini bertarikh 27 Mei 2008. Aku ke Seremban dengan tujuan untuk bertemu dengan seorang kawan sekampung yang telah membuka satu pusat latihan motivasi keusahawanan. Aku berkereta proton saga kepunyaan anak lelaki ku yang aku belikan setahun lalu. Tepat jam 9.30 pagi aku keluar dari rumah mengikut jalan lama ke seremban. Memang telah aku rancang dari semalam pemergian ku itu, justru aku telah mengisi minyak kereta RM30. Sebaik sahaja aku keluar rumah, aku dibayangi dengan mengambil masa kira-kira satu jam akan sampai kedestinasi iaitu berlokasi di Taman Cengal, Paroi. Di Bandar Kajang aku terkejut mendapati 2 traffic light tidak berfungsi. Aku memberanikan diri memandu kereta dengan harapan keselamatan ku terjamin. Alhamdulillah, aku berjaya melintasi traffic light yang tak berfungsi itu. Aku terus memandu dan sebaik sampai di Pekan Semenyih, sekali lagi aku terperangkap dengan kesesakan jalan. Kira-kira 20 minit aku dijalanan Pekan Semenyih itu dan aku terus memandu melintasi Pekan Beranang dan Pekan Mantin. Sepanjang perjalanan itu aku melihat berbagai ragam manusia baik yang bermotokar, bermotosikal, berjalan kaki dan sebagainya. Inilah ragam manusia hari ini, kata hati ku. Sesampai saja aku di Bukit Mantin, aku terperanjat besar melihat longgokan kayu balak di hutan perkelahan Galla. Rupa-rupanya kerja pembalakan telah mengambil tempat kawasan perkelahan yang suatu masa dulu pernah aku singgah bersama-sama anak. Kemana perginya air terjun disitu?, detik hati ku. Ini semua kerja pemimpin kerajaan Negeri Sembilanlah.. Terus terbayang kepada ku.. wang dan kuasa mengatasi segala-galanya. Keindahan alam, kehijauan tumbuh-tumbuhan, telah dan terus musnah. Termenung saya memikirkannya. Kalaulah suatu masa dulu, bila aku melintasi Bukit Mantin ini alangkah enak dan nyaman dengan kesejukan cuacanya, tapi sekarang entahlah. Malas aku nak komen. Dibandar Seremban, aku berhenti sekejap disebuah kedai pengedar buku Dewan Bahasa dan Pustakan. Kedudukan kedai ini agak strategik tapi kelihatannya tidak ada pengurusan. Buku-bukunya bertaburan dan berhabuk. Aku bertanya kenapa jadi begitu, jawapan pemiliknya kerana jalan raya berhabuk. Sekali lagi aku terlintas difikiran ku, pencemaran udara telah menguasai bandar Seremban. Hai, beginilah kuasa dan wang. Tepat jam 11 pagi barulah aku sampai didestinasi yang dituju dengan berbagai-bagai pengalaman dan fikiran yang timbul. Begitulah coretan dairi hidupku hari ini tadi.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
begitu citer nya...
Post a Comment