Wednesday, May 7, 2008
BUKIT KELULUT MULAI BERUBAH
Kampung kelahiran ku telah mulai berubah dengan adanya satu projek perumahan iaitu Taman Saga. Kampung ku ini cuma 5 km dari bandar Bahau dan 4 km dari pekan Batu Kikir. Apabila projek Taman Saga siap pada September 2008 ini maka suatu perubahan yang ketara telah berlaku. Tapak projek ini dulunya adalah gelanggang permainan kami ditahun-tahun 60an iaitu berhampiran dengan Sungai Serting. Saya masih ingat iaitu apabila mandi sungai bersama rakan-rakan maka disitulah kami semua bermain kejar-kejaran ala askar berperang. Kami membuat senapang buluh dan menggunakan buah cenderai. Alangkah seronoknya apabila kami semua mendengar bunyi buat cenderai yang meletup itu seolah-olah satu medan perang telah berlaku. Sehubungan itu saya difahamkan sebanyak 29 unit rumah berkembar yang dalam pembinaan ini telah habis ditempah dan kebanyakannya oleh generasi anak tempatan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment